Tuesday, 1 November 2011

PENGENALAN TENTANG PRODUK KAMI

Dodol adalah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis . Dodol sangat terkenal di Melaka dan di Muar,Johor . Membuat dodol boleh dikatakan amat rumit. Ramai orang selalu mencuba untuk membuatnya. Tetapi tidak semua yang akan menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Jarang sekali generasi muda mahir membuat dodol. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa, tepung beras, gula pasir, gula melaka dan garam.


Kini, Dodol merupakan suatu makanan manisan yang amat popular dan digemari di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, dan Sri Lanka. Manakala di Filipina, khususnya pada wilayah Ilocos, Luzon dan di bahagian Lanao, Mindanao serta di India khususnya pada wilayah Goa.
Pada asasnya, manisan Dodol ini diperbuat daripada perahan susu dari buah kelapa tua, jageri (gula batu merah yang diperbuat dari ekstrak tebu atau gula melaka) serta tepung beras ataupun tepung pulut. Semua ramuan ini akan diadunkan melalui kaedah kacauan yang berlangsung berterusan selama lebih kurang 3 hingga 4 jam pada suhu tinggi untuk masakan yang sesuai. Hasilnya, fizikal dan rasa Dodol akan berubah menjadi melekit, tebal dan manis. 


Di kebanyakan negara Asean, Dodol telah menjadi bahan santapan khususnya pada hari perayaan Hari Raya Aidilfitri and Hari Raya Haji. Terdapat banyak versi Dodol yang berlainan samaada dari segi warnanya yang kebanyakannya berwarna perang gelap, hijau dan kuning. Rasa Dodol juga turut dipelbagaikan, namun versi rasanya yang selalu dinikmati adalah dalam keadaan rasa Durian, Kelapa dan Pisang.



Perusahaan kami berorientasikan keluaran produk makanan tradisional menawarkan pengeluaran makanan untuk memberikan kepuasan kepada pelanggan terutamanya kepada semua golongan tidak kira lapisan masyarakat dalam dan luar negara. Produk kami memang dikhususkanuntuk semua lapisan masyarakat tidak kira peringkat umur selaras dengan seruan kerajaan untuk mempertingkatkan kualiti keluaran peringkat IKS.



Produk kami berasaskan makanan tradisional yang dahulunya hanya dikenali dan dinikmati pada musim perayaan sahaja. Kami menyambung tradisi dahulu dengan memperkenalkan pelbagai jenis dan rasa untuk dijamu oleh semua lapisan masyarakat.Antaranya terdapat 2 jenis iaitu Dodol Upeh dan Dodol Kun dan terdapat 5 perisa seperti perisa Mayang (kelapa), Durian, Jagung, Strawberi dan juga Pandan.



Dengan usaha kami ini juga produk kami telah dikenali disetiap pasaran seprtimana setanding dengan jualan produk tradisional yang lain dan ruang pemasaran produk kami kini telah dipasarkan di pasaran tempatan, Johor Bahru, Ayer Hitam, Melaka, Sabah, Sarawak dan Singapura. Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment